Friday, July 25, 2008





Saya seolah-olah seperti seorang budak yang bermain di tepi pantai, dan dari semasa ke semasa menemui batu-batu yang semakin licin dan kulit-kulit kerang yang semakin cantik, sedangkan lautan kebenaran yang terbentang luas di depan saya itu masih lagi belum dijumpai.
(Newton(1642-1727))

-kenyataan Newton mengenai bumi-

PROSES PEMBENTUKKAN BUMI MENURUT SAINS

BAGAIMANA?

Sifat fizik bumi pada umumnya ditafsirkan berdasarkan pengetahuan manusia mengenai meteorit, batuan volkano dan rakaman gelombang seismos daripada kegiatan gempa bumi. Dengan menggunakan asas ilmu fizik, makiumat mengenai suhu, tekanan, jisim dan ketumpatan bahan bahagian dalam bumi dapat diramalkan. Kajian terhadap sifat gelombang seismos dan gempa bumi pula dapat mentafsirkan sifat ketegaran dan keadaan fizik lapisan tertentu di dalam perut bumi. Pengetahuan mengenai sifat kimia bumi pula lebih banyak
berpandukan kajian kandungan kimia batuan yang berada di kerak bumi dan di dalam bahan meteorit. Dengan pengetahuan yang mendalam mengenai sifat fizik dan kimia batuan kerak bumi dan meteorit, sifat kimia batuan di perut bumi dapat diramalkan sekiranya sifat fiziknya diketahui. Dengan menggemblengkan makiumat geofizik dan geokimia yang terkumpul sehingga
struktur dalaman bumi dapat ditafsirkan. bumi dipercayai mempunyai 3 zonutama: kerak,mantel dan teras. Lapisan kerak bumi yang paling banyak dikaji dan ditafsirkan merupakan zon yang paling kompleks berbanding dengan lapisan yang lain. Kerak bumi dapat dibahagikan kepada dua lapisan; lapisan atas berkandungan menyerupai granit dan lapisan bawah yang berkandungan menyerupai batuan basalt. Zon mantel yang berketebalan hampir 2 900 km ditafsirkan berkandungan menyerupai batuan ultrabes. Di antara mineral utama
pembentuk lapisan ialah olivin, piroksen, enstatit dan diopsid
. Bagaimanapun keadaan fiziknya mungkin berbeza sedikit, hal udan teras bumi atau lapisan terdalam ditafsirkan hanya dengan melihat perbezaan mendadak halaju gelombang seismos.Ketumpatan lapisan teras bumi disebabkan lapisan mantel mempunyai suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Kewujudtafsiran bersela di antara 10 hingga 13 x lO3kg m—3. Berdasarkan kandungan meteorit dan sifat ketumpatan, teras bumi dipercayai terdiri daripada bahan logam kemungkinan besi dan nikel dan dengan sedikit kandungan unsur yang kurang tumpat. Struktur permukaan bumi merupakan satu aspek yang nyata dan dapat dikaji dengan mendalam. Umumnya permukaan bumi terdiri daripada bahagian daratan dan lautan. Setiap satunya pula mempunyai beberapa struktur tertentu bersesuaian dengan kejadiannya.

BUMI DAN ALAM SEMESTA

Idea Awal Mengenai Alam Semesta. Berbagai-bagai kepercayaan manusia purba mengenai bumi dan Alam Semesta, sehingga ada yang berpendapat bumi
Berbentuk sekeping tanah dan dikelilingi oleh lautan dan di bahagian hujung
sekali bercantum dengan awan. Sesiapa yang belayar jauh dan daratan mungkin akan terjatuh dan kepingan bumiin Kepercayaan seperti telah menghalang mereka dan belayar lebih jauh untuk meneroka kejadian bumi. Walaupun demikian, sejak tahun 1 500 Sebelum Masihi (SM) lagi masyarakat Mesir telah berjaya mengkaji pergerakan Suria dan Bulan yang akhirnya membolehkan mereka mencipta kalendar. Misteri Alam Semesta sedikit demi sedikit telah dapat dikupas oleh manusia purba, umpamanya pada tahun 585 SM seorang bangsa Greek telah dapat meramalkan dengan tepat kejadian gerhana dan beliau mulai menyedari Bulan kelihatan bersinar oleh pantulan cahaya dan Suria. Tidak lama kemudian seorang lagi ahli fikir, Pythagoras memberikan pandangan bahawa bumi berbentuk sfera. Bagaimanapun, beliau dan masyarakat manusia pada masa itu percaya bumi adalah pusat Alam Semesta dan Suria serta Bulan mengelilingi bumi. Sekitar tahun 200 SM seorang ahli matematik telah berjaya mengira jarak lingkaran bumi berdasarkan ketinggian ketara objek dan aras ufuk akibat kesan perlengkungan muka bumi. Hasil perkiraan beliau hampir menyamai nilai lengkungan bumi yang sebenar iaitu
39 939 km. Dan awal tahun Masihi hingga abad ke-15, perkembangan ilmu astronomi (kajian mengenai Alam Semesta) bergerak secara perlahan dan kebanyakannya berpusatdi dunia Arab. Mulai awal tahun 1600an,ilmu astronomi mulai mendapat nafas baru, pada masa manusia mulai menyedari bumi bukanlah pusat Alam Semesta,tetapi Suria. bumi hanya merupakan salah satu planet dalam sistem suria dan semua planet mengelilingi Suria mengikut orbitnya. Tiga abad kemudian, pada tahun 1918 satu lagi perubahan berlaku
di dalam alam astronomi, Suria tidak lagi dianggap sebagai pusat Alam Semesta atau angkasa raya. Kebanyakan bintang di angkasa yang jutaan banyaknya sebetulnya adalah sistem suriadan membentuk apa yang dikenal sebagai galaksi. Sistem suria yang mengandungi bumi kita terletak satu pertiga jauhnya dan pinggir Galaksi dan merupakan satu daripada jutaan sistem yang terdapat di dalam Galaksi. Selepas dua dekad galaksi dianggap sebagai kandungan Alam
Semesta dan pada tahun 1924 idea mulai dipertikaikan. Beberapa bukti telah menunjukkan terdapat banyak galaksi selain Galaksi kita. Setengah-setengahnya lebih besar dan terletak sangat jauh di ruang angkasa. Han ahli astronomi telah dapat membuktikan lebih daripada jutaan galaksi berada di dalam Alam Semesta dan sekitar dua puluh galaksi yang berhampiran dengan Galaksikita telah dapat dipetakan kedudukannya. Alam Semesta Suria, bumi dan planet yang lain hanya merupakan satu titik yang sangat kecil di dalam Alam Semesta. Suria hanya merupakan satu bintang daripada sekitar 100 000 juta bintang yang terdapat di dalam sebuah galaksi. Sekurang-kurangnya terdapat puluhan ribu juta galaksi, masing-masing dengan bintangnya di dalam Alam Semestai. Sehingga kini, objek terjauh yang mampu dikesan oleh manusia berada sekitar 16 000 juta tahun cahayajauhnya dan bumi. Cahaya dan objek yang dikesan itu mulai bergerak sebelum pembentukan bumi sebagai sebuah planet.





Tahukah kamu bahawa bumi kita ini adalah hanya sebuah planet kecil sahaja yang beredar mengelilingi matahari?

Hal tersebut sebenarnya telah diketahui oleh manusia sejak lebih dari 400 tahun dahulu. Nicholas Copernicus (1473-1543), seorang ahli kaji bintang Polish, berdasarkan teori dan pemerhatiannya, telah berpendapat bahawa Bumi kita ini terlatak dalam suatu sistem yang berpusatkan matahari. Bumi dan beberapa planet lain tak ubah seperti elektron yang beredar mengikut orbitnya masing-masing mengelilingi nukleusnya.

Sebelum ini, manusia semua mempercayai bahawa Bumi inilah pusat bagi seluruh alam. Matahari beredar mengelilingi bumi. Pendapat seperti ini buat pertama kalinya telah dikemukakan oleh Ptolemy, seorang ahli kaji bintang Greek kira-kira dalam tahun 140 M.

Kini dengan penemuan yang terbaru, terutama sekali selepas zaman Copernicus, satu demi satu rahsia alam ini telah dapat dibongkar. Antara ahli-ahli kaji bintang yang terkanal ialah Galileo (1562-1642). Johannes Kepler (1571-1630), Newton dan Albert Einstein (1879-1995) mereka ini telah mengeluarkan banyak teori dan hukum alam yang kini masih lagi disanjung tinggi sebenarnya sistem Matahari kita ini hanyalah salah satu bintang daripada berbilion-bilion bintang yang terdapat dalam alam ini. Bintang itu pula berkelompok-kelompok membentuk kumpulan bintang yang dinamakan galaksi. Matahari tergolong ke dalam satu galaksi yang dinamakan Bima Sakti (Milky Way). Galaksi ini dianggarkan mengandungi lebih dari 100,000 juta bintang yang berbagai-bagai pula sifat dan umurnya. Bintang yang terdekat dengan Matahari dianggarkan kira-kira 920,000,000,000,000 batu jaraknya.
Dalam alam kita yang maha luas ini terdapat berjuta-juta galaksi yang mempunyai bentuk khusus dan dikatakan sedang bergerak keluar dari pusat asalnya. Galaksi kita (Bima Sakti), jika dipandang dari atas kalihatan berbentuk seperti suatu pusaran, dan dari sisi berbentuk seperti kanta. Matahari dikatakan terletak hampir dengan pinggir galaksi ini.

Bumi dipandang dari luar

Seandainya kamu seorang makhluk asing yang sedang menghampiri Bumi, kamu akan mendapati Bumi seperti sebuah sfera yang berwarna agak biru dan banyak dipenuhi oleh tompok-tompok awan yang berwarna putih mengilau. Warna biru ini adalah berpunca daripada tindakan atmosfera Bumi ke atas cahaya Matahari yang memancar ke atasnya.
Apabila semakin hampir dengan Bumi maka akan kelihatan sebahagian besar permukaan Bumi dipenuhi oleh kawasan lautan. Kawasan daratan atau benua hanya meliputi kira-kira 30 peratus sahaja.
Benua seperti yang kita dapati hari ini dipercayai bermula daripada beberapa kelompokbatu-batan ringan yang terapung-apung dalam lapisan batu yang lebih berat. Batu-batan yang ringan itu bergerak akibat dari pengaruh kemagnetan Bumi dan seterusnya mengalami berbagai-bagai perubahan yang akhirnya membentuk gunung-ganang, lembah, tasik dan sungai yang mangalir ke laut. Kawasan rendah di antara kelompok batu-batan itu kemudiannya dipenuhi oleh air yang akhirnya membentuk lautan.

Daripada proses pembentukan Bumi ini juga dipercayai gas yang memenuhi ruang atmosfera yang membaluti permukaan Bumi ini. Meskipun lapisan udara ini kira-kira 100 batu saja, ia telah memainkan peranan yang amat penting dalam Bumi ini, kerana dengan adanya gas dalam amosfera yang secara langsung terlibat bukan saja dalam evolusi benda-benda hidup, malahan menjadi penyokong utama seluruh kehidupan di muka Bumi ini. Gas oksigen di udara digunakan oleh hidupan untuk proses pernafasannya dan ini menghasilkan gas karbon dioksida yang seterusnya digunakan pula oleh tumbuhan untuk membuat makanan organik yang menjadi asas binaan seluruh hidupan di Bumi.





No comments: