PROSES KEJADIAN BUMI MENURUT ISLAM
"
Sebahagian daripada tanda-tanda (kekuasaan-Nya) ialah kejadian langit dan bumi dan apa yang ditebarkan-Nya pada kedua-Nya dari makhluk yang melata dan Ia berkuasa mengumpulkan mereka apabila dikehendaki-Nya." (maksud ayat 29 S. Asyura)
Ayat 29 surah al-Baqarah pula, Allah mengatakan bahawa bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit. Allah berfirman, “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia berkehendak menuju ke arah langit lalu dijadikannya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Justeru, berdasarkan al-Quran, langit dicipta terlebih dahulu berbanding bumi. Hal ini adalah berdasarkan kenyataan Allah dalam ayat 30 surah an-Naziat yang bermaksud, “Dan bumi sesudah (langit dibangunkan) dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya) .”
Penciptaan langit berlaku lebih daripada 10 bilion tahun dahulu selepas ledakan Big Bang. Selepas ledakan itu lahirlah bintang-bintang, planet-planet dan galaksi di langit atau kosmos. Proses ini disusuli dengan proses kejadian bumi lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu. Suhu bumi ketika itu berada di tahap yang amat tinggi justeru tidak sesuai untuk dihuni oleh sebarang hidupan. Selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutamanya karbon dioksida, nitrogen dan air. Gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian langit atmosfera yang melitupi bumi. Proses kejadian atmosfera ini bermula lebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi dan atmosfera pula mempunyai tujuh lapis. Hal ini dilaporkan di physicalgeography. net oleh Dr. Michael Pidwirny daripada Universiti British Columbia Okanagan di bawah tajuk The Universe, Earth, Natural Spheres, And Gaia.
Justeru, ayat-ayat al-Quran yang menyatakan bahawa langit dicipta selepas penciptaan bumi boleh dikaitkan dengan proses penciptaan atmosfera ini.
Apabila ayat-ayat al-Quran berhubung kejadian langit dan bumi ini dikaitkan dengan penemuan semasa, kita akan mengagumi ayat-ayat ini kerana ia menceritakan tentang fasa-fasa kejadian langit dan bumi secara sistematik. Justeru, Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir berkata, “Memang jelas sekali al-Quran menetapkan penciptaan galaksi-galaksi (di langit) berlaku terlebih dahulu daripada bumi. Ini merupakan sebahagian daripada mukjizat yang menunjukkan bahawa al-Quran datang daripada Allah.”
KRONOLOGI KEJADIAN ALAM
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur’an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An’aam:101.Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari.
Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1400 tahun lalu.
Terdapat enam fasa kejadian alam iaitu;Fasa Pertama (Ledakan dan Pengembangan) – Peringkat ini bermula daripada saat ledakan Big Bang sehingga berlalu masa 0.00000000000000000 0000000000000001 saat. Kosmos ketika itu melalui proses pengembangan yang amat laju. Ia berkembang daripada ukuran sebesar atom kepada ukuran sebiji buah nangka dalam masa yang teramat singkat, iaitu, kurang daripada satu per sebilion saat dalam keadaan suhu yang mencecah 10 kuasa 27 darjah Celsius. Dalam masa yang singkat angkasa dipenuhi elektron dan quarks.
Fasa Kedua (Penyejukan dan Kelahiran Nukleus)– Di peringkat ini masa berlalu lebih kurang tiga minit. Suhu, yang di peringkat sebelumnya berada di tahap yang amat tinggi, melalui proses penyejukan dan turun ke paras 10 kuasa 8 darjah Celsius. Keadaan ini memungkinkan quarks bercantum sesama sendiri dan bertukar menjadi proton dan neutron. Percantuman proton dan neutron melahirkan nukleus dan proses kelahiran nukleus ini menjadi asas kepada kelahiran atom hidrogen dan helium kemudiannya. Oleh kerana atom belum lagi wujud di peringkat ini kosmos berada dalam keadaan yang gelap gelita.
Fasa Ketiga (Kelahiran Atom)– Fasa ini memakan masa lebih kurang 300,000 tahun. Di peringkat ini elektron bercantum dengan proton serta neutron dan dengan itu lahirlah atom-atom, terutamanya, atom-atom hidrogen dan helium. Kelahiran atom-atom ini menjadi titik permulaan kepada kelahiran cahaya di kosmos. Suhu ketika itu mencecah lebih kurang 10,000 darjah Celsius.
Fasa Keempat (Asap dan Kelahiran Galaksi Serta Bintang)– Fasa ini bermula 300,000 tahun sehingga lebih kurang 1 bilion tahun selepas Big Bang. Di peringkat ini tarikan graviti menyebabkan gas-gas hidrogen dan helium bercantum sehingga melahirkan gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini lahirlah galaksi. Adapun gumpalan-gumpalan asap yang kecil, ia berperanan melahirkan bintang-bintang.
Fasa Kelima (Percantuman Galaksi, Kelahiran Big Hole, Supernovae dan Matahari)– Fasa ini memakan masa daripada 1 bilion tahun hingga 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang. Di peringkat awal fasa ini galaksi-galaksi bercantum antara satu sama lain. Proses cantuman ini berlaku dengan dahsyat sekali sehingga menyebabkan kemusnahan sebahagian bintang. Bintang-bintang yang hancur bersama-sama dengan gas yang terhasil terhumban ke suatu pusat dan dengan itu menghasilkan satu lubang yang teramat padat (very dense) tanpa mempunyai isi padu (with no volume). Lubang ini mempunyai tarikan graviti yang teramat kuat dan dikenali sebagai lubang hitam atau black hole. Apa saja yang memasukinya, termasuk cahaya, tidak mampu keluar daripadanya. Gas-gas yang disedut oleh lubang hitam ini berada di tahap suhu yang amat tinggi sehingga mengeluarkan cahaya yang terang benderang yang, pada hari ini, dikenali sebagai quasars. Selepas ia memasuki lubang hitam ia lenyap selama-lamanya.Di peringkat ini proses kehancuran bintang-bintang berlaku dengan pesatnya. Proses kehancuran ini melahirkan ledakan yang amat dahsyat yang dikenali sebagai supernovae. Ledakan ini mengeluarkan elemen-elemen seperti oksigen, karbon, nitrogen, kalsium dan besi ke angkasa raya. Di samping itu ia juga mengeluarkan elemen-elemen berat seperti emas, perak, uranium, plumbum (lead) dan yang seumpamanya. Kesemua ini menjadi asas untuk melahirkan galaksi-galaksi baru. Di penghujung fasa ini (lebih kurang 5,000 bilion tahun dahulu) lahirlah matahari dan sistem solar.
Fasa Keenam (Kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Hidupan)–
Fasa ini bermula lebih kurang 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang, iaitu 4.5 bilion tahun dahulu. Di peringkat ini bermulalah kejadian bumi dan atmosfera yang berhubungan dengannya. 1 bilion tahun selepas itu (lebih kurang 3.5 bilion tahun yang lepas) lahirlah hidup-hidupan yang pertama di atas bumi.
BENTUK SFERA BUMI
“Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam… (Surah Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur’an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai ‘membalut’ dalam ayat di atas adalah ‘takwir’, dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud ‘menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur’an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur’an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.
LAPISAN ATMOSFERA
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur’an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;
Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)
Perkatan ‘langit-langit’, yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur’an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.
Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur’an secara tepat.
Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;
Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.
Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur’an.
Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini ‘Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’ di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.
Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;
Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.
Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.
PEMISAHAN LANGIT DAN BUMISepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.
“dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah ‘ratq’ diertikan sebagai dijahit yang bermaksud ‘dikumpul bersama, dicampur’ dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa ‘Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur’an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.